TAPAH: Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan terhadap ugutan jenayah susulan 131 tahanan lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, maklumat yang diterima kebanyakannya melahirkan rasa bimbang terhadap kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan kediaman.
"Sepanjang operasi yang berlangsung sejak Khamis, penduduk sekitar memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak berkuasa lain.
"Panggilan yang diterima kebanyakkan menyampaikan maklumat akan kehadiran dan kelibat mereka di kawasan kampung.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat diterima oleh polis berkenaan ugutan jenayah," katanya kepada pemberita pemberita selepas melakukan tinjauan Op Kesan di Kampung Sungai Kenoh di sini pada Ahad.
Difahamkan, kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.
Mengulas lanjut, Mohd Naim berkata, pencarian tertumpu di kawasan bidor dan Tapah, namun jika terdapat maklumat di lokasi lain, pasukan akan digerakkan ke lokasi terlibat.
Tambah beliau, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman telah digerakkan bagi mengesan baki 79 tahanan yang masih lolos sejak Khamis lalu.
"Sejumlah 10 anjing pengesan telah digerakkan sejak hari pertama dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota membantu mengesan kesemua tahanan.
"Selain itu, dua dron dikendalikan tiga pegawai memberi bantuan khusus dalam penugasan pengawasan dari udara pada waktu malam selain elemen-elemen lain di daratan," katanya.
Mohd Naim berkata, seramai 253 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi iaitu Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tapah seramai 84 orang, Jabatan Imigresen Malaysia (41), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (25), Pasukan Gerakan Am (37), K9 Bukit Aman (15) dan tiga anggota dari Unit Dron.
Media melaporkan setakat Ahad, seramai 51 tahanan warga asing yang melarikan diri berjaya diberkas semula membabitkan 49 etnik Rohingya dan dua warga Bangladesh.
Pada Khamis media melaporkan seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Mohd Naim memeriksa sebuah rumah dalam Op Kesan di Kampung Sungai Kenoh, Tapah. - Foto Sinar Harian
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk
Kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.